suria

Airbus Pamer Inovasi Berterusan Di Pertunjukan Udara Zhuhai 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat peneraju pengeluar pesawat dunia, Airbus, akan mempamerkan pesawat ujian A380 MSN1 di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China ke-10 di bandar Zhuhai, wilayah selatan Guangdong, pada 11 hingga 16 November ini.


Ini kali ketiga bagi sebuah pesawat Airbus melakukan demonstrasi penerbangan selain pameran statik di Pertunjukan Udara Zhuhai selepas kemunculannya pada acara sama pada 2008 dan 2010.

Pada acara itu, model pesawat A380, A330-300 dan A320neow serta demonstrasi keselesaan kabin pesawat Airbus, akan dipamerkan bersama model helikopter Airbus dan pesawat ATR.

Selain pameran produk dan kecanggihan teknologinya, Airbus akan turut mengadakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pertukaran idea dengan rakan kongsi, perbincangan sesama rakan industri, promosi penjenamaan serta bengkel pembangunan kerjaya profesional.

"Airbus sudah menyertai Pameran Udara Zhuhai sejak penganjurannya pada 1996 dan sememangnya amat gembira melihat perkembangan pameran itu serta industri penerbangan China.

"Kami turut komited dalam usaha pembangunan jangka panjang industri penerbangan China dengan membekalkan pesawat seiring pertumbuhan pasarannya yang paling pesat serta perkhidmatan sokongan yang mantap," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airbus China, Eric Chen dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ketika ini, lebih 1,070 pesawat Airbus dikendalikan syarikat penerbangan China yang mewakili 50 peratus daripada keseluruhan pesawat berkapasiti lebih 100 kerusi di China.

Airbus, Zhuhai, pesawat

Artikel Lain