suria

Pizza Hut Rancang Buka Lebih Banyak Cawangan Akhir 2014

KUALA LUMPUR: Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd merancang membuka empat hingga lima cawangan baharu di Malaysia pada akhir tahun.


Pengurus Besar Kanannya, Low Kang Moon berkata, ketika ini terdapat kira-kira 343 cawangan syarikat itu seluruh negara.

Jumlah pelaburan bagi membuka cawangan baharu dan pulangan pelaburan akan bergantung kepada lokasi dan demografi.

"Tetapi kami menjangka melabur lebih RM500,000 bagi membuka sebuah cawangan baharu," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran produk baharu Pizza Huts, Jam-Packed Pizza.

Pizza Hut juga berharap produk baharu itu akan memberi sumbangan 10 peratus kepada jualannya tahun ini.

Produk Jam-Packed Pizza itu tersedia bagi hidangan dalam restoran, untuk dibawa pulang dan penghantaran dengan tambahan RM6.00 bagi Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box. 


Artikel Lain