Rizab Malaysia Kekal Boleh Guna, Tiada Halangan - BNM

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 3:43 PM

Bank Negara Malaysia
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rizab Malaysia kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya pada akhir September 2014, berdasarkan butiran terperinci rizab antarabangsa menurut format 'Special Data Dissemination Standard (SDDS)' Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset rizab rasmi berjumlah AS$127.27 bilion (RM420 bilion), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$6.35 bilion (RM21 bilion).

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, bank pusat berkata aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.9 bilion) disebabkan pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$3.14 bilion  (RM10.4 bilion) bagi tempoh 12 bulan akan datang, kata BNM.

"Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$2.15 bilion (RM7.1 bilion)," kata BNM.

Menurut BNM, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$228.0 juta. (RM752.4 juta)

Tags / Kata Kunci: rizab , Bank Negara Malaysia , IMF

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan