suria

Qatar Airways Tawar Promosi 'Double The Luxury' Kelas Perniagaan

KUALA LUMPUR: Qatar Airways menawarkan tiket kelas perniagaan kedua percuma kepada pelanggan di Malaysia, apabila mereka menempah tiket Kelas Perniagaan bagi rakan perjalanan mereka.

Tawaran 'Double the Luxury' bermula dari 1 November, 2014 dan sah bagi perjalanan sehingga 31 Mac 2015, sempena ulang tahun pertama syarikat penerbangan itu menyertai perikatan global oneworld.

Promosi itu terbuka bagi destinasi di seluruh Eropah, Afrika, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika (Utara dan Selatan).

"Ia merupakan usaha berterusan kami untuk menyediakan insentif yang menarik kepada pelanggan kami.

"Promosi istimewa 'Double the Luxury' ini membolehkan pelanggan kelas perniagaan kami memanfaatkan peluang dua-untuk-satu yang hebat dengan perkhidmatan Kelas Perniagaan kami yang pernah memenangi anugerah," kata Pengurus Negara Qatar Airways, Malaysia dan Brunei, Emmanuel Oswald.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Qatar Airways berkata tawaran tersebut turut membolehkan ahli Kelab Keistimewaan - Program Pengguna Kerapnya peluang untuk memperoleh 50 peratus bonus Qmiles ke atas perjalanan mereka, dengan hanya mendaftar sekurang-kurangnya 24 jam sebelum perjalanan mereka.

Maklumat lanjut berhubung terma dan syarat tawaran tersebut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pejabat jualannya, atau melayari qatarairways.com.

Qatar Airways merupakan syarikat penerbangan teluk yang pertama menyertai perikatan syarikat penerbangan global, membolehkan penumpangnya meraih manfaat daripada hampir 1,000 lapangan terbang di lebih 150 negara, dengan 14,250 pelepasan setiap hari.

Dianugerahkan Kelas Perniagaan Terbaik dan Lounge Kelas Perniagaan Terbaik Dunia dua tahun berturut-turut oleh audit industri Skytrax, ia turut dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Timur Tengah untuk kali kelapan. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain