Najib Lancar Zilzar.com

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 2:43 PM

Najib (tengah) bersama Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam (kanan) dan wakil-wakil kerajaan UAE di Dubai pada majlis makan malam bersempena WIEF Ke-10 di sini, malam Selasa.

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan zilzar.com, platform eko-perdagangan halal, sebagai agenda pertamanya pada hari kedua lawatan kerja beliau di sini.


Kehadiran beliau di bandar raya paling padat penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini adalah bersempena dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10 yang diadakan di Madinat Jumeirah sehingga 30 Oktober.

Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Sheikh Hamdan Rashid Al Maktoum, Menteri Kewangan UAE dan Timbalan Pemerintah Dubai di Zabeel Palace.

Selepas kunjungan hormat itu, penaung Yayasan WIEF itu kemudiannya akan menghadiri jamuan makan tengah hari dengan ahli Panel Penasihat Antarabangsa WIEF dan Rakan Kongsi Strategik WIEF di Burj Al Arab.

Kemudiannya pada petang, Perdana Menteri akan mengunjungi Ekspo WIEF Ke-10 di mana selepas itu beliau dijangka mengumumkan kemudahan Islam bersindiket bagi Battersea Phase 3 Holding Company Ltd.

Najib juga dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pelabur UAE, dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sebagai penutup jadual hari kedua beliau, perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, akan menghadiri Malaysian Agrofood Festival dan perjumpaan rakyat di Arena, Jumierah Beach Hotel.

WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.

Najib tiba di sini pada Ahad lepas bagi lawatan kerja beliau dan dijadual berlepas pulang pada 30 Oktober.

Ini merupakan kunjungan kedua perdana menteri ke UAE selepas melawat ibu kota Abu Dhabi itu pada Mei.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan