Sisma Auto Labur RM15 Juta Tubuh Pusat '3S'

Diterbitkan: Rabu, 29 Oktober 2014 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sisma Auto Sdn Bhd, pengedar dan penyedia perkhidmatan sah Jaguar dan Land Rover di Malaysia, melabur RM15 juta bagi mengembangkan pusat '3S' (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Glenmarie, Shah Alam.

Pengarah Urusan Syed Khalil Syed Ibrahim memberitahu, pusat 3S itu akan dibangun di atas kawasan seluas 0.4 hektar dan terletak bersebelahan dengan premis sedia ada, menampilkan bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga 12 kenderaan Jaguar dan Land Rover pada satu-satu masa.

Pusat ini juga akan dilengkapi fasiliti perkhidmatan selepas jualan yang meliputi perkhidmatan pembaikan badan aluminium sebarang model kenderaan Jaguar dan Land Rover.

"Kami melengkapkan premis seiring peranan baharu kami sebagai pengedar dwijenama Jaguar Land Rover," katanya pada pelancaran bilik pameran Jaguar Land Rover City, di sini, Rabu.

Perasmian itu bersempena pelancaran Jaguar F-Type Coupe yang keseluruhan badannya daripada aluminium, berharga RM1,158,888 (tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata syarikat juga merancang mengembangkan pusat 3S di Pulau Pinang.

"Kami berhasrat untuk terus bekerjasama dengan Jaguar Land Rover Malaysia bagi melonjakkan kedua-dua jenama ikon British ini ke tahap lebih tinggi," katanya.

Sisma Auto, wakil jenama Jaguar di Malaysia selama 20 tahun, mengambil alih 40 peratus kepentingan dalam Sime Darby Motors' Land Rover (M) Sdn Bhd, yang dinamakan semula Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd. 


Tags / Kata Kunci: Sisma Auto

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan