Vietnam Minat Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia - Niaga | mStar

Vietnam Minat Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah disyorkan Bank Dunia, Vietnam berminat untuk mencontohi inisiatif ePerolehan, Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia.


Menurut kenyataan Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) pada Jumaat, seramai 10 pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Perancangan dan Pelaburan (MPI) Vietnam telah membuat lawatan sambil belajar ke negara ini baru-baru ini.

CDC sebagai pembangun, pembina dan operator sistem ePerolehan telah memberi taklimat mengenai inisiatif tersebut kepada delegasi itu yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Perolehan Awam MPI, Nguyen Dang Truong.

Mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap ePerolehan dan bagaimana Malaysia berjaya mengubah sektor kerajaan dan swasta untuk melakukan urusan perolehan melalui kaedah di dalam talian.

Mereka juga bertemu dengan pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya.

"Berbanding sistem yang kami guna sekarang, ePerolehan adalah jauh lebih komprehensif. Ia boleh memenuhi semua keperluan sesebuah kerajaan," menurut kenyataan itu yang memetik Truong sebagai berkata selepas pertemuan itu.

Ditubuhkan pada 1999, CDC ditauliahkan kerajaan Malaysia untuk membangun sistem ePerolehan menggantikan sistem manual yang digunakan sebelum ini dan inisiatif itu bertujuan menggalakkan ketelusan, kewibawaan dan kebertanggungjawapan di dalam perolehan awam.


Tags / Kata Kunci: Vietnam , ePerolehan , Malaysia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan