Lynas Selesai Langkah Pengumpulan Modal

Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Hanya satu pertiga daripada saham baharu yang ditawarkan oleh pelombong nadir bumi, Lynas Corporation Ltd dalam usaha mengumpul A$71 juta dilanggan oleh pemegang sahamnya.


Sebanyak 66.5 peratus daripada saham yang tidak dibeli oleh pemegang saham akan dilanggan oleh beberapa sub penaja jamin institusi bagi pengumpulan modal, menurut Lynas dalam kenyataan.

Syarikat itu mengalami kerugian A$366 juta pada 2013/14 dan baru-baru ini berunding semula bagi pinjaman US$255 juta untuk membolehkan pembayaran balik yang besar sehingga 2016.

Lynas melombong nadir bumi, yang digunakan dalam pelbagai produk teknologi tinggi, di barat Australia, dan memiliki sebuah kilang penapis dekat Kuantan, Pahang di Malaysia.

Syarikat itu menghadapi kejatuhan harga bagi produknya, dan berkata dana baharu akan membolehkannya melabur dalam bidang perniagaannya yang akan meningkatkan prestasinya. 


Tags / Kata Kunci: Lynas , nadir bumi , modal

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan