suria

Keuntungan Sebelum Cukai Public Bank Pada Suku Ketiga Naik RM1.55 Bilion

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Public Bank Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 September, 2014, meningkat kepada RM1.55 bilion daripada RM1.36 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.


Pendapatan meningkat kepada RM4.32 bilion berbanding RM3.87 bilion sebelum ini, kata bank itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pengasas dan Pengerusinya Tan Sri Teh Hong Piow berkata, hasil yang lebih baik ini dicapai disebabkan peningkatan dalam pendapatan operasi serta kos kredit yang stabil.

Peningkatan dalam pendapatan faedah bersih pada suku semasa disumbangkan oleh pinjaman dan pertumbuhan deposit yang baik serta kesan positif yang diterima daripada kenaikan kadar dasar semalaman dan terbitan hak yang baru sahaja selesai," katanya.

Teh berkata, walaupun bank itu beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, ia terus berprestasi dengan baik dan mencapai pertumbuhan tahunan dua angka iaitu sebanyak 10.2 peratus, mengatasi pertumbuhan pinjaman tahunan sistem perbankan sebanyak 6.9 peratus.


Artikel Berikut

Artikel Lain