suria

Public Bank Tawar Kadar Untung Sehingga 4.08 Peratus Setahun

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB) bersama-sama melancarkan kempen 'PB FD Xtra' bagi memberi ganjaran kadar keuntungan yang lebih tinggi sehingga 4.08 peratus setahun, kepada pelanggan.


Kempen itu dibuka kepada pelanggan individu dan bukan individu baharu dan sedia ada mulai 1 September hingga 31 Disember, 2014, kata PBB dalam satu kenyataan.

Bagi menikmati kadar keuntungan yang lebih tinggi, pelanggan perlu membuat deposit tetap (FD) untuk tempoh enam bulan dalam PLUS FD atau Term Deposit-i (TD-i) sepanjang tempoh kempen bagi menikmati kadar keuntungan yang lebih tinggi itu.

Pelanggan individu perlu mendepositkan minimum RM20,000 dan maksimum RM10 juta untuk menyertainya, manakala penempatan minimum dan maksimum lebih tinggi masing-masing RM50,000 dan RM20 juta, terpakai untuk pelanggan bukan individu.

Pelanggan akan menikmati kadar keuntungan promosi 3.68 peratus setahun bagi tempoh enam bulan pertama dan kadar keuntungan lebih tinggi 4.08 peratus setahun jika mereka mengekalkan penempatan itu untuk tempoh enam bulan seterusnya.


Public Bank, PB FD Xtra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain