Firefly, Circle K Jalin Usaha Sama Tawar Hidangan Panas

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 3:35 PM

Firefly
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: FlyFireFly Sdn Bhd menjalin usaha sama dengan Circle K (Malaysia) Sdn Bhd bagi menawarkan Firefly Express Meal yang boleh dibawa masuk oleh penumpang dalam pesawat ATR 72-500 dan ATR 72-600.


Menurut kenyataan FireFly, penumpang mempunyai pilihan membeli makanan panas yang disediakan oleh Circle K menerusi proses tempahan dalam talian untuk semua penerbangan yang belepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Skypark.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata menerusi perkhidmatan baharu itu, penumpang akan dapat menikmati kualiti perjalanan pada tambang yang dijamin murah serta penjimatan ke atas set perkhidmatan sokongan.

"Menu yang disediakan khusus ini mencerminkan kedudukan kami sebagai syarikat penerbangan yang berfokuskan komuniti, menimbang maklumat balas pelanggan ke atas pilihan dan pelbagai opsyen lain.

"Kami berharap kemudahan ini akan mewujudkan pengalaman penerbangan yang menarik untuk semula pelanggan kami, tempatan dan luar negara," katanya.

Dari 20 Oktober hingga 20 November, Firefly Express Meal akan dijual pada harga pengenalan RM9.50 bagi satu hidangan, diskaun RM3 daripada harga biasa RM12.50.


Tags / Kata Kunci: FlyFireFly Sdn Bhd , Circle K , Ignatius Ong

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan