Tata Motors Thailand Rancang Perluas Pasaran

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tata Motors Thailand akan memperluas pasarannya, memperkenal produk baharu dan memperbaiki kualiti perkhidmatan selepas jualan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Sanjay Mishra.

Beliau berkata syarikat itu sudah pasti akan memperkenal produk baharu pada suku ketiga tahun fiskal berakhir Mac 2015.

Beliau berkata trak pikap Tata Xenon Refresh kini menunggu untuk dilancarkan pada akhir tahun.

"Pikap ini dilengkapi enjin diesel baharu, sistem gear baharu dan lebih banyak ciri dalaman dan luaran.

"Kami telah membuat pembaharuan berterusan dalam produk kami untuk menjadikannya kelihatan lebih bergaya yang sesuai dengan kehendak pelanggan Thai," katanya pada Persidangan Peniaga Tata Motors Thailand Dealer 2014 di sini, Khamis.

Sanjay berkata orang ramai cenderung menganggap bahawa mereka yang memandu pikap Tata terdiri daripada pemandu, bukan pemilik kerana kebanyakan pikap Tata merupakan kenderaan perdagangan dan pelanggan membeli untuk tujuan penghantaran barangan.

"Syarikat itu mengembangkan pasarannya dan melancarkan Tata Xenon Refresh supaya pemilik sendiri boleh memandunya," katanya.

Selain daripada Tata Xenon Refresh, Tata Motors juga merancang memperkenal traktor - Tata Prima, katanya. 


Tags / Kata Kunci: Tata Motors

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan