suria

Sime Darby Property Raih Anugerah Pemaju Hartanah Utama

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd menerima anugerah Pemaju Hartanah Utama untuk tahun kelima berturut-turut pada anugerah Kecemerlangan Hartanah The Edge Malaysia 2014 pada Isnin.

Sime Darby Property di tempat kedua daripada tiga pemaju dalam anugerah berkenaan.

Anugerah disampaikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Seri Abdul Wahab Maskan.

"Kami gembira dengan kepercayaan pengguna kami terhadap jenama, yang dapat digambarkan dalam elemen kuantitatif ranking, termasuk dana pemegang saham, hasil, keuntungan sebelum cukai dan gearan bersih, yang menyumbang dalam proses penilaian bagi anugerah berprestij ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, syarikat itu akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi ke arah membina masyarakat yang lebih mampan dan nama isi rumah di dalam dan di luar negara. 


Artikel Lain