suria

BNM Siapkan Rangka Kerja Reformasi Kad Pembayaran

KUALA LUMPUTR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kertas konsep mengenai Rangka Kerja Pembaharuan Kad Bayaran untuk perundingan awam, bagi menyediakan industri kad pembayaran yang cekap, telus dan berdaya saing.


Ini sejajar dengan mandat berkanun BNM mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, serta cadangan-cadangan yang digariskan dalam pelan induk sektor kewangan.

Rangka kerja ini bermatlamat memastikan sebarang peningkatan dalam kos penerimaan daripada kad-kad pembayaran adalah munasabah dengan mewujudkan mekanisme yang objektif dan telus untuk pemulangan yuran dalam kalangan peserta dalam industri kad pembayaran.

Bagi melengkapkan mekanisme, rangka kerja itu antara lain turut memperkenal langkah-langkah bagi menggalakkan penggunaan dan penerimaan meluas kad pembayaran berkos efektif melalui penggunaan isyarat harga yang betul dan mengupayakan pedagang.

Orang ramai, penggiat industri dan pihak berkepentingan, dipelawa memberikan ulasan bertulis mengenai kertas konsep itu kepada payment

Artikel Lain