Peningkatan Barangan Dikecualikan GST Bantu Kurang Kos Hidup: UPB Research - Niaga | mStar

Peningkatan Barangan Dikecualikan GST Bantu Kurang Kos Hidup: UPB Research

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertambahan senarai barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan dalam Bajet 2015 akan membantu mengurangkan lagi kos hidup rakyat, kata UOB Research.


Firma penyelidikan itu dalam satu nota berkata pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyediakan kejelasan kepada rakyat menjelang pelaksanaan cukai tersebut pada April 2015.

Jualan runcit petrol RON95, diesel dan gas asli cecair (LPG) juga dikecualikan daripada GST.

Bajet 2015 juga menaikkan bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isi rumah pendapatan rendah daripada RM650 kepada RM950 tahun depan.

Meskipun BR1M yang tinggi, bil keseluruhan bagi subsidi dan serahan tunai kepada kumpulan pendapatan rendah dijangka turun kepada lebih tujuh peratus pada 2015 disebabkan kenaikan 10 peratus harga minyak bermula Oktober.

Kerajaan menganggarkan keuntungan hasil daripada GST pada 2015 hanya RM690 juta, selepas tolak kerugian hasil daripada cukai jualan dan perkhidmatan, pengecualian GST dan bantuan BR1M.

"Ini akan mengurangkan sumbangan hasil daripada GST pada peringkat pelaksanaan awal tetapi keadaan itu dijangka bertambah baik dalam tahun-tahun akan datang," kata UOB Research.

Sementara itu, Alliance DBS Research berkata pengurangan subsidi dan pelaksanaan GST tahun depan menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menggerakkan agenda pembaharuan fiskalnya.

"Tetapi kita perlukan penjelasan yang lebih jelas tentang mekanisme baharu untuk menyediakan subsidi petrol dengan lebih efektif, dan menangani banyak bahagian kurang jelas dalam GST sebelum pelaksanaannya," kata firma penyelidikan itu.

Ia berkata cadangan kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan individu sebanyak 1-3 mata peratusan bermula 2015, dan bukannya 2016, merupakan suatu yang positif bagi sektor pengguna yang menerima kesan daripada kelemahan sentimen pengguna.

Cadangan itu akan membantu mengurangkan kesan inflasi tolakan kos dan GST bagi pendapatan boleh guna isi rumah. 


Tags / Kata Kunci: GST , UOB Research , Bajet 2015
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan