suria

Acer Lancar Notebook Baharu

Acer Aspire V Nitro edisi Hitam
KUALA LUMPUR: Acer Malaysia pada Sabtu melancarkan notebook edisi Hitam - Acer Aspire V Nitro (VN7 - 591G).


Menurut kenyataan Acer, notebook itu diperkasakan oleh pemproses Intel Core generasi terkini dan unit pemproses grafik mudah alih NVIDIA GeForce GTX untuk prestasi dan grafik hebat.

"Ia memberikan prestasi pemprosesan berkuasa dan pengalaman visual menyeronokkan, membawa permainan dan hiburan ke tahap baharu pada komputer riba," kata Acer.

Ia berkata, notebook itu juga dilengkapi Teater Rumah Dolby Digital Plus yang akan membawa pengalaman audio maksimum kepada penggunanya.

Sempena pelancaran itu, Acer Malaysia berkata ia akan menganjurkan kejohanan permainan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik pada dua hujung minggu.

Komputer riba ini boleh didapati dari penjual semula Acer yang sah pada harga runcit RM3,399. 

Acer Aspire, notebook, Intel Core

Artikel Sebelum

Artikel Lain