MOL Global Inc Disenarai Di Nasdaq

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: MOL Global Inc, pengupaya utama Malaysia bagi e-pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dalam talian, mengumumkan harga tawaran awam permulaan bagi 13,500,000 saham depositari Amerika (ADS), dan memulakan dagangan di Pasaran Global NASDAQ, Khamis.


ADS, sebanyak 7,485,030, ditawarkan oleh syarikat manakala 6,014,970 ADS lagi ditawarkan menerusi penjualan oleh pemegang saham tertentu syarikat kepada orang ramai pada US$12.50 bagi satu ADS.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MOL Ganesh Kumar Bangah berkata setiap ADS mewakili satu saham biasa syarikat yang menggunakan simbol "MOLG."

"Penawaran itu dijangkakan ditutup pada atau kira-kira pada 15 Okt, tertakluk kepada penutupan yang memuaskan mengikut kelaziman.

"MOL.com Sdn Bhd meluluskan opsyen kepada penaja jamin untuk melaksanakannya dalam tempoh 30 hari mulai tarikh akhir prospektus, bagi membeli tambahan 2,025,000 ADS pada harga tawaran awam permulaan untuk memenuhi lebihan peruntukan, jika ada," katanya pada sidang media selepas penyenaraiannya, Khamis.

Jutawan Tan Sri Vincent Tan, yang turut hadir pada penyenaraian itu dan memiliki 73 peratus MOL Global, mengunjurkan firma itu bernilai US$3 bilion menjelang 2019.

Ganesh berkata jumlah saiz penawaran sebelum lebihan peruntukan berjumlah kira-kira US$168.8 juta, dengan keuntungan kasar penawaran kepada syarikat berjumlah kira-kira US$93.6 juta.

Syarikat itu tidak akan menerima sebarang keuntungan daripada penjualan ADS oleh pemegang saham.

"Citigroup Global Markets Inc, Deutsche Bank Securities Inc dan UBS Securities LLC, bertindak sebagai pengurus bersama dan CIMB Securities (Singapore) Pte Ltd bertindak sebagai penaja jamin pengurusan bersama penawaran itu,' katanya.

Diasaskan pada 2000, MOL Global, yang lebih dikenali sebagai Money Online, membolehkan pengguna membeli barangan digital menggunakan mata wang dalaman secara dalam talian yang dikenali sebagai MOLPoints.

Firma itu sebelum ini mengambil alih laman web rangkaian sosial, Friendster, dan mentransfomasinya sebagai platform permainan sosial.

Kenyataan pendaftaran MOL berkaitan penawaran awam permulaan sudah difailkan dengan, dan diisytiharkan berkuat kuasa oleh, Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat, Ogos lepas.

Nasdaq ialah penyedia utama teknologi dagangan bursa, maklumat dan perkhidmatan syarikat awam di enam benua.

Ia juga merupakan pembangun pasaran saham elektronik pertama dunia yang bermakna, MOL menyertai teknologi Nasdaq yang mengupayakannya kepada lebih 70 pasaran di 50 negara.

Nasdaq juga merupakan satu daripada 10 bursa dagangan dunia dan pusat kepada lebih 3,400 syarikat senaraian dengan nilai pasaran melebihi US$8.5 trilion dan lebih daripada 10,000 pelanggan korporat.

Produk utama MOL ialah MOLPoints, sistem pembayaran mikro dalam talian yang menjual kredit pembayaran, yang boleh digunakan untuk membeli kredit permainan dalam talian dan kandungan digital.

Syarikat itu juga mengurus operasi MOLReloads, rangkaian yang mengedarkan masa udara mudah alih prabayar dan kandungan digital, MOLPay, penyelesaian pembayaran bagi barangan dalam talian, dan MMOG.asia, portal permainan dalam talian.

Rangkaian pengedaran fizikalnya meliputi lebih daripada 970,000 lokasi di 13 negara di empat benua.

Syarikat itu juga mempunyai saluran pembayaran mudah alih, saluran pengedaran elektonik yang menerima kad kredit utama dan perbankan dalam talian bagi lebih daripada 100 bank.

Ganesh berkata, syarikat itu juga beroperasi di India dan Australia dan kini memberi tumpuan di US, Brazil, Turki dan Afrika.

Naib Presiden Kanan bagi Kumpulan Pelanggan Korporat Nasdaq Nelson Griggs berkata :"MOL Global terus meluaskan kehadirannya dalam perkhidmatan pembayaran di seluruh Asia dan pasaran pesat membangun yang lain.

Beliau berkata, MOL Global menyertai banyak negara besar dan syarikat teknologi revolusionari terbesar dunia yang menjdi pilihan kepda lebih 70 syarikat teknologi yang disenarai dalam pasaran US.


Tags / Kata Kunci: Nasdaq , Tan Sri Vincent Tan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan