Laporan: Kedatangan Pelancong Tetap Meningkat Di Sebalik Tragedi

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah ketibaan pelancong di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2014 meningkat 10.1 peratus kepada 11.5 juta orang, walaupun terdapat sedikit penurunan ketibaan pelancong dari China, berikutan insiden MH370 pada Mac lepas.


Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini, Jumaat, tiga negara penyumbang tertinggi ketibaan pelancong ialah Singapura (5.8 juta), Indonesia (1.1 juta) dan China (0.7 juta).

Pada 8 Mac lepas, pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilancarkan di selatan Lautan Hindi di mana ia dipercayai berakhir selepas tersasar dari laluan asalnya. Usaha mencari masih diteruskan.

Malaysia juga kekal sebagai destinasi percutian kegemaran dalam kalangan pelancong Muslim dengan ketibaan pelancong meningkat 9.4 peratus kepada 2.2 juta dalam tempoh lima bulan pertama 2014, menurut laporan itu.

Malaysia juga kekal di tempat pertama sebagai destinasi percutian halal dan tempat kedua sebagai destinasi membeli belah halal di dunia.

Menurut laporan itu, dalam tempoh tujuh bulan pertama 2014, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah menarik sebanyak 1,958 peserta terutama dari China (49 peratus), Jepun (12 peratus) dan Bangladesh sebanyak sembilan peratus.

"Dalam industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) pula, jumlah peserta dijangka mencapai 196,708 daripada 298 acara dan menjana hasil sebanyak RM1.5 bilion pada 2014," kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, sebanyak 65.5 juta diperuntukkan bagi program pelancongan dan sehingga Ogos 2014, RM 32.5 juta telah dibelanjakan apabila kerajaan mengadakan program promosi di dalam dan luar negara secara intensif termasuk Grand Prix Formula 1 Petronas dan Tatu Antarabangsa KL 2014.


Tags / Kata Kunci: Laporan Ekonomi , pelancong , MH370 , MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan