Laporan: Pasar Raya, Gedung Nikmati Jualan Memberangsangkan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 5:44 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasar raya dan gedung berskala besar menikmati jualan memberangsangkan bagi rangkaian runcit berikutan sokongan perbelanjaan pengguna yang teguh, demikian menurut Laporan Ekonomi 2014-2015 yang dikeluarkan, Jumaat.


Menurut laporan Kementerian Kewangan itu, subsektor perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan kukuh 8.9 peratus dalam tempoh separuh pertama 2014, manakala segmen runcit meningkat 10.1 peratus berbanding 7.1 peratus pada tempoh sama tahun lepas.

Sejak pelancaran Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) pada Januari 2011 hingga akhir Julai 2014, sebanyak 1,761 kedai runcit kecil telah dimodenkan bagi meningkatkan daya saing.

"Selain itu, pertumbuhan kukuh segmen runcit juga disokong oleh Jualan Bersepadu 1Malaysia yang diadakan dari 29 Jun hingga 1 Sept 2014 untuk menarik pelancong asing dan penduduk tempatan membeli-belah di Malaysia," menurut laporan itu.

Sementara itu, sektor borong berkembang 8.2 peratus disebabkan peningkatan jualan produk perantaraan bukan pertanian seperti petrol, diesel, minyak pelincir dan barangan isi rumah, sementara segmen kenderaan motor melonjak 6.4 peratus disokong peningkatan penjualan kenderaan bermotor dan alat ganti terutama semasa musim perayaan.

Laporan itu turut menyatakan subsektor penginapan dan restoran berkembang 5.9 peratus, dan pertumbuhan subsektor ini turut digambarkan melalui peningkatan jumlah penawaran bilik hotel sebanyak 3.8 peratus kepada 197,030 pada akhir Jun 2014 dengan Kuala Lumpur terus mencatat sumbangan tertinggi sebanyak 17.4 peratus.

Sementara itu, laporan berkenaan juga menyebut dalam tempoh separuh pertama 2014, sektor perkhidmatan terus meningkat sebanyak 6.3 peratus disokong oleh aktiviti penggunaan dan pelaburan domestik yang kukuh.

Menurut laporan itu, pada 2014, sektor perkhidmatan dijangka mencatat pertumbuhan 5.9 peratus merangkumi 55.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Kumpulan perkhidmatan perantaraan dijangka berkembang 5.2 peratus disokong oleh subsektor komunikasi serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan," tambah laporan itu.

Selain itu, kumpulan perkhidmatan akhir dijangka meningkat 6.5 peratus didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran serta perkhidmatan lain.


Tags / Kata Kunci: Laporan Ekonomi , pasar raya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan