LBS Tumpu Segmen Rumah Mampu Milik - Niaga | mStar

LBS Tumpu Segmen Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) akan terus menumpukan kepada produk gaya hidup inovatif dan perumahan mampu milik kerana pemaju hartanah melihat peningkatan permintaan daripada pembeli kali pertama dan profesional muda yang masih bujang.


"Kemampuan masih kekal menjadi kebimbangan utama bagi pembeli rumah Malaysia dan pada masa yang sama kumpulan itu juga mencari pembangunan perumahan dengan reka bentuk inovatif dan ciri-ciri yang memenuhi gaya hidup kontemporari mereka," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan LBS, Datuk Seri Lim Hock San berkata, orang ramai lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan hartanah mereka dan masih berharap dapat memiliki rumah.

Bagaimanapun, dengan keadaan kos tanah, bahan mentah dan buruh yang semakin meningkat, Lim menasihatkan pembeli membuat keputusan pembelian mereka dengan segera.

Pemaju hartanah yakin momentum belian dalam separuh kedua 2014 akan meningkat, didorong oleh permintaan berterusan daripada pembeli rumah kali pertama serta, bakal pembeli yang akan membeli sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada tahun depan.

LBS akan mempamerkan pembangunan utamanya di Ekspo Hartanah Malaysia 2014 selama tiga hari bermula 10 Okt di Pusat Pameran Mid Valley.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan