Malindo Air Jadikan Ipoh Pemangkin Laluan Baharu Domestik, Serantau

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 10:38 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan  menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.

"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan iamenandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini.

Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.

Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.

Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.

Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.

Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh. 

Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.

"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.

Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.

Tags / Kata Kunci: malindo air

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan