suria

DHL Express Naikkan Kadar Pada 2015

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa, DHL Express akan menaikkan harga purata produk Time Definite International di Malaysia sebanyak 4.9 peratus pada 1 Januari 2015.


Perubahan itu sejajar dengan pelarasan kadar bagi produk tersebut di seluruh Asia Pasifik, menurut syarikat itu dalam kenyataan.

"Kenaikan harga tahunan kami akan membantu dalam komitmen kami mengembangkan hubungan Malaysia kepada laluan perdagangan utama serta menyediakan keupayaan yang kukuh untuk mengendalikan lebih banyak penghantaran masuk dan keluar pada 2015.

"DHL Express akan terus menyokong perniagaan di Malaysia dengan menawarkan penyelesaian logistik dan kaedah yang sesuai berikutan mereka meluaskan operasi mereka di peringkat antarabangsa dan dalam negara," kata Pengarah Urusan (Malaysia dan Brunei) Christopher Ong.

Ketua Pegawai Eksekutif Ken Allen berkata kenaikan harga tahunan syarikat akan membolehkannya memastikan kecemerlangan perkhidmatan dan tawaran yang kompetitif bagi tempoh jangka panjang.

Beliau berkata DHL Express melabur kira-kira EUR500 juta (RM2.06 bilion) setahun bagi rangkaian penghantaran ekspres bertaraf dunia. 

Pelaburan utamanya pada tahun lepas termasuk kemudahan baharu di Malaysia, Jepun, Timur Tengah dan Afrika Utara, dan menaik taraf kemudahan di seluruh UK dan penerbangan tambahan di semua rantau.

DHL Express, Asia Pasifik

Artikel Lain