suria

MUI Nafi Laporan Penjualan Corus Hotel Hyde Park

Corus Hotel Hyde Park
KUALA LUMPUR: Malayan United Industries Bhd (MUI) menafikan laporan berita bahawa syarikat itu merancang menjual Corus Hotel Hyde Park.


Syarikat itu juga menafikan pelantikan Debutesq Group, sebuah firma hartanah, untuk urusan penjualan harta tanah tersebut.

MUI menjelaskan perkara itu melalui makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berikutan terbitnya artikel berjudul "Yu Picks Up Shares In MUI" dua hari lepas.

"Pada pandangan syarikat, kandungan artikel tersebut bersifat spekulatif dan menasihatkan para pemegang saham supaya tidak bergantung kepada maklumat tersebut," kata MUI


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain