suria

Maybank Diberi Lesen Perbankan Asing Di Myanmar

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) diberikan lesen perbankan untuk membuka pejabat cawangan di Myanmar, menjadikan satu-satunya bank Malaysia diberikan lesen perbankan asing di negara itu.


Lesen itu akan memudahkan Maybank untuk menyertai perkhidmatan yang sebelum ini disekat di Myanmar, termasuk menyediakan pinjaman kepada syarikat asing dan bank-bank tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, lesen itu akan terus membantu mengukuhkan kedudukan serantau kumpulan, selain keupayaannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lancar di seluruh Asean.

"Di masa depan, kami berharap untuk memudahkan perdagangan merentasi sempadan yang lebih baik antara Myanmar dan pasaran teras kami, serta, sub rantau Sungai Mekong besar, terutamanya di Yunnan selepas pembukaan cawangan ketiga kami di China, di Kunming.

"Sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan, kami turut berharap dapat membentuk sektor kewangan Myanmar, dan memperkasa komuniti Myanmar untuk memacu pertumbuhan sosio ekonomi," katanya.

Maybank, bank keempat terbesar di Asean dari segi aset, membuka pejabatnya di Yangon pada 1994, menyediakan perkhidmatan perhubungan dan khidmat nasihat.

Selama lebih 20 tahun, Maybank telah mewujudkan hubungan perbankan dengan bank-bank tempatan dan menyokong Myanmar dalam pembinaan infrastruktur dengan memanfaatkan kedudukan serantaunya dan pengukuhan pembiayaan projek.

Di masa depan, Maybank berkata, ia yakin mengenai prospek ekonomi Myanmar dan akan mengambil pelbagai langkah untuk mendalami kerjasama dengan negara itu.

"Maybank akan memanfaatkan pengukuhan aset serantau dan keupayaannya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan Myanmar di rantau ini," katanya.


Maybank, Myanmar, lesen perbankan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain