Keuntungan Sebelum Cukai Gamuda Naik Kepada RM851.645 Juta

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Gamuda Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai, 2014 meningkat kepada RM851.645 juta daripada RM656.446 juta tahun lalu.


Bagaimanapun, hasil susut kepada RM2.229 bilion daripada RM2.235 bilion sebelumnya, kata Gamuda dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Isnin.

Bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Julai, 2014, syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM235.763 juta daripada RM195.644 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil susut kepada RM591.996 juta daripada RM640.934 juta.

Gamuda berkata, kenaikan keuntungan sebelum cukai itu disumbang daripada bahagian hartanah dan konsesi air serta lebuh raya, manakala penurunan hasil disebabkan penyiapan projek kereta api berkembar elektrik.

Syarikat itu menjangkakan prestasi baik pada tahun depan daripada projek pembinaan yang sedang dimajukan sekarang, jualan belum dibil bahagian hartanah yang besar dan pendapatan berterusan daripada bahagian konsesi air dan lebuh raya.


Tags / Kata Kunci: Gamuda Bhd , Bursa Malaysia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan