Risda Plantation Terima Anugerah The Bizz 2014

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Risda Plantation Sdn Bhd dipilih sebagai penerima anugerah perniagaan paling berprestij - 'The Bizz 2014' oleh World Confederation of Businesses (Worldcob), Ahad.

 

Kemenangan Risda Plantation itu lebih bermakna apabila Pengerusinya Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik turut menerima dua anugerah iaitu Kecemerlangan dalam Kepimpinan Perniagaan dan 'World Leader Business Person' oleh Worldcob.

Menurut Rahim anugerah ini merupakan peristiwa penting dan penghargaan kepada semua petugas Risda Plantation yang bekerja keras dalam membantu pekebun kecil, sekali gus menempatkan syarikat di arena global.

Pengiktirafan turut diberi kepada Ketua Pengarah Risda Datuk Sri Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Risda Plantation Omar Paimin apabila masing-masing menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Kepimpinan Perniagaan.

Kejayaan itu secara langsung menjadikan Risda Plantation sebagai anggota Worldcob bersama syarikat-syarikat besar seperti Abu Dhabi University (UAE); Doha Bank (Qatar); Prime Islami Life Insurance (Bangladesh) dan ISD Portolan (Hungary).

Menurut kenyataan Risda Plantation hari ini, Worldcob ialah peneraju organisasi perniagaan yang berpusat di Houstan, Texas bagi memupuk pembangunan dan pertumbuhan lebih 3,000 syarikat dari 80 negara.

Organisasi itu juga mengiktiraf dan merangsang pertumbuhan syarikat dan ahli perniagaan yang paling menyerlah selain menjalankan tanggungjawab sosial korporat.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Worldcob, Jesus Moran pada Majlis Gala di Etihad, Hotel Emirates Palace Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE).


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan