suria

ABB Malaysia Labur RM10 Juta Untuk Kilang Kedua

PETALING JAYA: ABB Malaysia Sdn Bhd melabur RM10 juta untuk membuka kilang keduanya didorong oleh peningkatan permintaan untuk sistem pacuan motor cekap tenaga di Asia Tenggara.


Fasiliti baharu di Zon Perindustrian Bebas Sungei Way di sini itu akan mengeluarkan pemacu ACS880 bagi menampung permintaan sektor perindustrian domestik dan serantau.

Ketua Bahagian Pengautomatan Diskret dan Gerakan, Pekka Tiitinen berkata, kilang baharu itu akan membolehkan ABB memanfaatkan peluang di sebuah daripada rantau yang paling berpotensi untuk berkembang pesat.

"Pemacu ACS880 akan menampung keperluan pengguna Malaysia dan juga dieksport. Kami menyasarkan negara-negara di Asia Tenggara dan (memperluas penghantaran) ke Australia dan New Zealand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kilang Pemacu ABB, Isnin.

Beliau berkata, fasiliti itu akan memastikan serahan lebih cepat untuk pasaran tempatan serta eksport.

"Pelaburan kami di kilang ini mencerminkan kepentingan Malaysia sebagai pangkalan strategik ABB," katanya.

Pada peringkat awal, kilang baharu itu akan mengeluarkan kira-kira 5,000 pemacu setahun, menggunakan sehingga 500 kilowatts dan teknik pengeluaran terkini serta standard ujian yang ketat.

Mengenai pengguna di Malaysia, Tiitine berkata 40 peratus daripada bahagian tenaga dan baki daripada bahagian pengautomatan diskret dan gerakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain