Melaka Cadang Tanam Pokok Kurma Untuk Hasil Produk Asas Tani

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Melaka berhasrat menanam pokok-pokok kurma di setiap masjid di negeri ini bagi menghasilkan produk asas tani untuk pasaran tempatan dan luar negara.


Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, usaha dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Pertanian Melaka itu juga sebagai nilai tambah kepada produk asas tani negeri ini seperti produk minuman madu dan pes asam pedas yang dipasarkan termasuk di Agrobazar Singapura.

"Sekiranya usaha tanaman kurma ini berjaya, hasilnya akan kita petik dan pasarkan di pasar tani kita atau kita hasilkan produk dan pasarkan di luar negara seperti di Agrobazar Singapura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pasar Tani Negeri Melaka di sini, Ahad.

Beliau berkata, pada masa ini, produk asas tani seperti buah-buahan dan makanan ringan mendapat permintaan yang tinggi serta sambutan menggalakkan di Singapura.

Justeru, katanya, petani dan usahawan tani di Melaka perlu merebut peluang memasarkan produk tani mereka ke pasaran global sekali gus menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sementara itu, Pengarah Fama Melaka, Mohd Nawi Othman berkata, pihaknya menyasarkan kutipan jualan sehingga RM20 juta di pasar tani seluruh negeri Melaka tahun ini berbanding RM18.2 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata sejak Januari hingga Ogos lepas, sebanyak RM13.2 juta dikutip di 19 tapak pasar tani di seluruh negeri itu membabitkan 455 peniaga.

"Bagi mencapai sasaran ini, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menarik kunjungan orang ramai antaranya program jimat belanja dapur yang memberi tumpuan kepada barangan mentah seperti ayam, daging dan ikan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Melaka , kurma , Fama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan