Pos Ar Rahnu Jangka Logam Berharga Kecuali GST

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Ar Rahnu Sdn Bhd menjangka keputusan positif akan diumum kerajaan berikutan perbincangan mengenai pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap barangan logam berharga.


Naib Presiden Kanan, Abd Razak Mohd A Kadir berkata, pihaknya bersama bank yang menjual emas bagi tujuan pelaburan, pemborong dan juga peruncit telah mengadakan pertemuan dengan kerajaan bagi meniadakan GST bagi emas pelaburan seperti jongkong emas dan dinar emas.

"Langkah ini amat penting kerana jika kita mengenakan cukai sebanyak enam peratus terhadap emas, manakala Singapura tidak mengenakan cukai, kita akan melihat pelanggan beralih ke negara jiran," kata Abd Razak kepada Bernama.

Sementara itu, Pos Ar Rahnu turut menyasarkan pertumbuhan pelanggan mencecah 96,000 menjelang akhir tahun kewangan 31 Mac 2015 berikutan permintaan tinggi di pasaran tempatan, terutama di Sabah. Kini ia mempunyai seramai 48,000 pelanggan.

Mempunyai empat cawangan Pos Ar Rahnu di pejabat pos di Sabah, beliau berkata, negeri itu menjadi penjana utama keuntungan, iaitu sebanyak 10 peratus.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, Pos Ar Rahnu telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM283 juta kepada pelanggannya.

Terdapat 75 cawangan Pos Ar Rahnu di pejabat pos yang menyediakan perkhidmatan seperti menyimpan, mencuci dan membuat penilaian emas.

"Kita juga sedang berbincang dengan penggiat industri bagi memperluas perkhidmatan kepada menjual barangan kemas," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pos Ar Rahnu Sdn Bhd , logam , GST

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan