suria

Anak Syarikat Tambun Indah Cadang Beli Tanah RM150 Juta

KUALA LUMPUR: Palmington Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tambun Indah Land Bhd, bercadang membeli 27 bidang tanah pegangan bebas di Pulau Pinang bernilai RM150 juta daripada TPPT Sdn Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Tambun Indah berkata, pembelian tanah seluas 84.8 hektar itu akan dibayar secara tunai.

Katanya, cadangan pembelian itu sejajar dengan strategi Tambun Indah bagi mengembangkan bank tanah di lokasi yang mempunyai potensi pertumbuhan dan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran hartanah di tanah besar Pulau Pinang.

Kumpulan itu menjangka prospek pasaran hartanah di Pulau Pinang kekal positif dan cadangan pembelian itu akan meningkatkan daya maju di samping nilai perbandaran Pearl City dan kawasan sekitarnya. 


Tambun Indah, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain