Syarikat Malaysia Di Caexpo Mampu Mengeksport

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

NANNING: Sembilan puluh peratus daripada 126 syarikat yang menyertai Ekspo China-Asean (CAEXPO) ke-11 di Nanning, berkemampuan mengeskport dan membekalkan produk serta perkhidmatan mereka ke luar negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Dzulkifli Mahmud berkata keupayaan sedemikian akan memudahkan syarikat-syarikat ini, yang kebanyakannya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasuki pasaran China.

Dengan populasi sebanyak 1.36 bilion, pasaran China menjadi fokus utama MATRADE bagi syarikat yang pertama kali ingin menembusi pasaran luar negara.

"Semakin banyak syarikat Malaysia sudah berjaya menembusi pasaran China. Ini dapat dilihat daripada angka perdagangan yang semakin meningkat setiap tahun. Tahun lalu sahaja, perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM318 bilion (US$106 bilion) dan dijangka mencecah RM480 bilion (US$160bilion) menjelang 2017," katanya.

Bercakap kepada wartawan Malaysia semasa sesi persediaan ruang pameran CAEXPO, Dzulkifli berkata kebanyakannya sudah bersiap sedia bagi menghadapi hari pelancaran pavilion Malaysia yang akan dilancar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong pada 15 Sept 2014.

Manakala CAEXPO secara keseluruhan akan dilancar pada 16 September dan berakhir pada 19 September.

Kali ini, pavilion Malaysia dibahagikan kepada lima kluster iaitu makanan dan minuman (65 syarikat), kesihatan (35), gaya hidup (13), francais (4) dan lain-lain perkhidmatan (9) bagi memudahkan syarikat menjalankan urus niaga.

Daripada keseluruhan 126 syarikat, 40 peratus pertama kali menyertai CAEXPO, manakala, 60 peratus lagi mengulang penyertaan bagi mengembangkan lagi sayap perniagaan di China.

Kesemua mereka merangkumi syarikat dari seluruh negara yang memenuhi 147 ruang pameran.

Selain itu, 11 agensi kerajaan, antaranya Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah, Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut menyertai CAEXPO.

Menurut Dzulkifli, prestasi positif syarikat Malaysia di CAEXPO amat memberangsangkan sejak pertama kali CAEXPO diadakan 10 tahun lepas, justeru yakin pempamer kali ini mampu menjana jualan yang lebih tinggi sebanyak RM166.15 juta.

Pada penyertaan CAEXPO 2013, syarikat Malaysia menjana jualan sebanyak RM158.24 juta daripada 138 syarikat. 


Tags / Kata Kunci: Caexpo

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan