Malaysia Mahu Tingkatkan Pasaran Perabot China

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 3:54 PM

Douglas Unggah Embas

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berharap Malaysia dapat meningkatkan bahagiannya dalam pasaran perabot besar China.

Tahun lepas, China mengeksport perabot bernilai RM252 juta ke Malaysia, tetapi ekonomi kedua terbesar dunia itu hanya mengimport RM33 juta nilai perabot Malaysia, katanya.

"Perabot Malaysia masih belum berjaya menembusi pasaran China," kata beliau sambil menambah bahawa pasaran China yang luas merupakan peluang yang baik untuk diterokai peserta pameran Malaysia.

Bercakap kepada Bernama selepas melawat China Furniture 2014 di sini pada Jumaat, beliau berharap pengembangan kelas menengah di China akan mengubah trend masa depan eksport perabot Malaysia ke negara itu dengan melepasi nilai import dari China.

Pameran tahunan itu menarik kira-kira 850 peserta pameran di seluruh dunia, termasuk lebih 40 dari Malaysia.

Uggah berkata, lawatan itu, yang pertama bagi beliau ke pameran perabot China, adalah untuk membantu merancang strategi bagi meningkatkan bahagian Malaysia dalam pasaran perabot yang besar di China.

Uggah mengetuai Misi Promosi Sawit, Getah dan Kayu-kayan ke China dari 12 hingga 17 September.

Delegasi itu terdiri daripada 60 wakil, termasuk dari kementerian beliau, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan sektor swasta.

Misi berkenaan bertujuan untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam produk sawit, getah dan kayu serta mengadakan perbincangan dengan syarikat swasta di China dalam bidang-bidang yang boleh diterokai oleh sektor swasta kedua-dua negara.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan