Malaysia Berminat Laksana Lebih Banyak Projek Jalan Raya Di India

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 4:12 PM

Samy Vellu

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Malaysia mengulangi minatnya untuk melaksanakan lebih banyak projek jalan raya di India berikutan New Delhi bersedia untuk meningkatkan prasarananya, terutamanya dari aspek hubungan jalan raya.


"Kami menyatakan hasrat kami untuk menyertai dalam projek jalan raya mereka," kata Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Jalan Raya dan Lebuh Raya India, Nitin Gadkari.

Syarikat Malaysia mempunyai kepakaran dan pengalaman, telah melaksanakan beberapa projek jalan raya di India sebelum ini.

"Kami berpendapat syarikat Malaysia akan dialu-alukan berikutan keupayaan mereka dalam sektor infrastruktur," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat dua hala selama 30 minit pada Jumaat.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad dan wakil daripada Scomi, Bina Puri dan IJM (Infrastructure) India.

"Saya turut mengetengahkan beberapa projek yang menunggu kelulusan. Kami yakin usaha yang berterusan akan membawa banyak pekerjaan kepada kontraktor kami," kata Samy Vellu.

The Economic Times baru-baru ini melaporkan bahawa kementerian India telah memulakan rundingan dengan syarikat Malaysia dan China supaya mereka membida projek jalan raya yang gagal mendapatkan syarikat tempatan.

"Kami mahu memulakan projek-projek ini. Kami sedang menilai minat syarikat ini dalam beberapa projek ini, supaya kami boleh membuka tender tidak lama lagi," menurut laporan yang memetik pegawai kanan kerajaan tidak dinamakan.

Projek bernilai Rs 3,400 crore (AS$558 juta) yang dibida sebelum ini gagal mendapatkan sebarang syarikat.

Menurut laporan itu, hampir 189 projek lebuh raya melibatkan pelaburan sekitar Rs 180,000 crore (AS$29.52 bilion) tidak dapat dilaksanakan antaranya berikutan masalah pengambilalihan tanah.


Tags / Kata Kunci: New Delhi , projek jalan raya , Nitin Gadkari

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan