Eksport Minyak Sawit Malaysia Ke China Cecah 1.3 Juta Tan Bagi Tempoh Empat Bulan.

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Malaysia mengeksport sejumlah 1.3 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM3.5 juta ke China bagi tempoh Januari hingga April 2014.


Jumlah eksport bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini susut 4.6 peratus berbanding 1.6 juta tan yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas, menurut data daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Tahun lepas, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke China bernilai RM11.3 bilion. China menyumbang 20.4 peratus daripada jumlah eksport global minyak sawit Malaysia pada 2013.

Sementara itu, China mengimport kayu dan produk kayu bernilai RM156.6 juta bagi tempoh Januari hingga Mac 2014, meningkat 0.14 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data tersebut.

Pada 2013, eksport kayu dan produk kayu Malaysia ke China bernilai RM736.2 juta, meningkat 8.4 peratus berbanding RM679 juta pada 2012, manakala eksport kayu dan produk kayu China ke Malaysia, bernilai RM614.1 juta, turun 0.2 peratus berbanding RM615.6 juta pada 2012.

Bagi getah dan produk getah, data menunjukkan bagi tempoh Januari-Mac tahun ini, jumlah eksport Malaysia ke China, bernilai RM1.9 bilion, merosot 19.5 peratus berbanding RM2.3 bilion bagi tempoh sama pada 2013.

Pada tempoh sama, jumlah import Malaysia bagi getah dan produk getah dari China berjumlah RM226 juta, meningkat 14.5 peratus berbanding RM198 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, nilai eksport produk koko Malaysia berjumlah RM57.4 juta, susut 13.2 peratus berbanding RM66.1 juta bagi tempoh sama pada 2013.

Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, jumlah nilai produk koko yang diimport dari China ialah RM11.9 juta, meningkat 77.6 peratus berbanding RM6.7 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Bagi produk lada, data menunjukkan bagi tempoh Januari hingga Mac 2014, eksport ke China ialah 654.94 tan bernilai RM19.07 juta, meningkat 1733.65 peratus berbanding RM1.04 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Bagi tempoh sama, import produk lada dari China bernilai RM620,000. 

Tags / Kata Kunci: sawit , China

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan