suria

Penghantaran Halal Pertama MASKargo Tiba Di UK

KUALA LUMPUR: MASkargo Sdn Bhd berjaya membuat penghantaran pertama produk halal dengan Penerbangan Malaysia (MAS) ke United Kingdom.


Kargo satu tan metrik yang terdiri daripada sayur-sayuran segar itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Heathrow, London, Khamis, kata MASkargo dalam satu kenyataan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo, Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, bahagian kargo udara syarikat penerbangan itu telah menyedari nilai dan potensi melabur dalam pasaran halal yang dipacu peningkatan permintaan makanan halal.

"Permintaan untuk makanan halal semakin berkembang, bukan sahaja di kalangan pengguna Islam, tetapi juga di kalangan warga China dan Jepun yang mahu ia diangkut menggunakan kaedah paling bersih," katanya.

Pada 2 Mac lepas MASkargo telah menerima sijil logistik halal daripada Perikatan Integriti Halal Antarabangsa yang berpangkalan di Labuan, pertubuhan yang diwujudkan untuk mendukung integriti konsep pasaran halal dalam perdagangan global.


Artikel Lain