suria

Domino's Pizza Cadang Labur Minimum RM500,000 Untuk Cawangan Baharu

Peraduan Domino’s Pizza ‘Does the Dew’ yang membolehkan pelanggan memenangi hadiah utama kereta Honda Jazz.
KUALA LUMPUR: Domino's Pizza bercadang melabur minimum RM500,000 bagi setiap satu daripada 16 cawangan baharunya di Malaysia menjelang hujung tahun ini.


Pengurus Besar Domino's Pizza Malaysia & Singapore, Shamsul Amree berkata, setakat ini Domino's Pizza mempunyai 122 outlet di negara ini.

Beliau berkata, Domino's Pizza dijangka mencapai pertumbuhan dua angka dalam jualan tahun ini susulan pertambahan cawangannya.

"Tahun lepas Domino's Pizza merekodkan jualan bernilai RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas pelancaran minuman berperisa baharu Mountain Dew bersempena kempen promosi pelanggan oleh Domino's Pizza di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah Ng Eng Cheang, Ketua Pegawai Operasi Permanis Sandilands Sdn Bhd, iaitu pengeluar dan pengedar Mountain Dew di Malaysia.

Di Malaysia, Domino's Pizza diurus oleh pemegang francais induk, Dommal Food Services Sdn Bhd.

Untuk perancangan masa depan, Shamsul berkata pihaknya sentiasa berusaha mengadakan kerjasama dengan jenama global dan Permanis merupakan jenama global yang baik.

Permanis merupakan unit Permanis Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Asahi Group Holdings Ltd, Jepun dan pembotol rasmi untuk PepsiCo di Malaysia.

Kempen pelanggan Domino's Pizza menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi sebuah kereta Honda Jazz 1.5L S dengan menganggar bilangan botol minuman berperisa baharu Mountain Dew Blue Shock bersaiz 1.5 liter yang dapat dimuatkan di dalam kereta itu selain mencipta slogan menarik.


Domino's Pizza, Shamsul Amree

Artikel Sebelum

Artikel Lain