Pameran StarProperty.my Diadakan Di i-City Selama 4 Hari Mulai Sabtu

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 2:18 PM

Timothy Hor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pameran StarProperty.my Fair terbaharu akan diadakan selama empat hari di i-City, Shah Alam bermula Sabtu ini.

Pengurus Besar Digital, Kumpulan Media The Star, Timothy Hor berkata, i-City dipilih sebagai lokasi pameran kali ini kerana projek pembangunan hartanahnya yang unik, bakal menjadi ikon di Shah Alam pada masa akan datang.

Beliau berkata, ramai beranggapan bahawa i-City lebih kepada taman untuk bersantai tetapi sebenarnya pada masa ini ia sedang membangunkan bandar komprehensif dan mendapat sokongan banyak pihak termasuk Central Pattana di Thailand.

Ia akan menubuhkan pusat membeli-belah yang pertama di luar negara di i-City, yang mempunyai status Koridor Raya Multimedia (MSC), di mana Hor berkata, satu langkah yang akan menaikkan harga hartanah di kawasan berhampiran.

"Central Plaza @ i-City merupakan pusat membeli-belah sebanyak enam tingkat yang terkini dan unik. Ia akan meliputi 450 premis perniagaan dengan jenama-jenama Thailand di Malaysia buat pertama kali. Ia akan memenuhi keperluan pelanggan untuk membeli-belah, makan dan hiburan," katanya.

Menurut Hor, i-City akan mewujudkan hotel bertaraf antarabangsa sebanyak 70 tingkat dengan pembangunan unik "The Jewel".

"Kami berhasrat untuk mengekalkan hubungan kerja jangka panjang dengan i-City dan akan terus menganjurkan pameran kami di sini," katanya sambil menyuarakan harapan supaya pembeli hartanah akan mengenali i-City.

Hor berkata, pameran StarProperty pernah dianjurkan di kawasan berbeza, dengan lebih banyak pameran diadakan pada tahun ini kerana permintaan tinggi dan pembangunan dalam pelbagai bidang. 

Beliau berkata, anak-anak muda tidak semestinya perlu membeli hartanah di Petaling Jaya, dengan menggesa mereka termasuk para pelabur untuk mempertimbangkan Shah Alam kerana ia berdekatan dengan Klang dan beberapa bandar-bandar yang dibangunkan.

"Terdapat MRT (Transit Aliran Massa) dan pusat membeli-belah mega pada masa akan datang, yang menambah kemudahan kepada penduduk. Tidak syak lagi bahawa harga hartanah bagi pembangunan di sekitar Shah Alam dan Klang akan melonjak selepas ini," katanya.

Pameran StarProperty.my edisi i-City Edition akan diadakan di i-Walk@i-City dari pukul 3 petang hingga 9 malam selama empat hari penganjurannya.

Tags / Kata Kunci: Timothy Hor , StarProperty.my , i-City

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan