suria

Maybank Kim Eng, Maybank Raih 15 Anugerah Industri

KUALA LUMPUR: Maybank Kim Eng dan Maybank baru-baru ini berjaya menggondol 15 anugerah industri, kata Maybank Kim Eng dalam satu kenyataan pada Khamis.


Dua belas anugerah berkenaan daripada Alpha Southeast Asia, tiga daripada Asian Banking and Finance dan bakinya daripada FinanceAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Kim Eng Group, John Chong berkata, Maybank Kim Eng menyifatkan penghargaan itu sebagai satu galakan yang besar.

"Ini adalah pengiktirafan kepada komitmen kami yang dari dulu lagi telah menyampaikan penyelesaian inovatif dan produk yang memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami di rantau ini dan pelaburan berterusan kami dalam teknologi untuk memberikan platform dagangan inovatif yang berkhidmat untuk meningkatkan pengalaman perdagangan mereka dengan kami.

"Kami mahu terus membina prestasi yang positif yang akan membolehkan kita mengekalkan kedudukan kepimpinan serantau dan mengukuhkan kehadiran kami di rantau ini dengan matlamat menjadi sebuah kuasa besar kewangan serantau," katanya.


Artikel Lain