Pakistan Mahu Contohi Tabung Haji

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Pengalaman lebih 50 tahun Tabung Haji (TH) mengendalikan urusan jemaah haji Malaysia menarik minat pejabat hal ehwal haji Pakistan di sini.

Pengarah besar (haji) di pejabat konsul jeneral Pakistan yang berpangkalan di Jeddah, Syed Abu Ahmed Akif berkata Pakistan mahu mencontohi sistem yang digunakan TH dalam mengurus jemaah haji Malaysia.

Pejabat hal ehwal haji Pakistan di sini mengendalikan kira-kira 144,000 jemaah yang merupakan kumpulan haji negara asing kedua terbesar selepas Indonesia, katanya semasa perjumpaan dengan pihak pengurusan TH yang diketuai ketua delegasi haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di pejabatnya di sini pada Selasa.

Syed Saleh disertai lapan anggota rombongan termasuk timbalan beliau, Nurrin Anuwar Shamsuddin, konsul haji Malaysia di Arab Saudi, Redhuan Sabarudin dan timbalan ketua delegasi haji (perubatan) Dr Saiful Azlan Sharif.

Syed Abu Ahmed Akif berkata daripada 144,000 jemaah Pakistan, 56 peratus dikendali kerajaan dan yang lain oleh syarikat swasta, dan bagi pihak kerajaan, meeka hanya dikenakan US2,500 (RM7,935) bagi seorang jemaah yang sebahagian besarnya adalah bagi pengangkutan dan penginapan.

Beliau berkata jemaah perlu mendaftar dan membuat pembayaran enam bulan sebelum musim haji bermula iaitu pada April melalui bank tertentu, oleh kerana pejabat hal ehwal haji Pakistan tidak menguruskan dana untuk melakukan haji.

Pejabat akan membayar balik kepada jemaah sebelum haji bermula sekiranya kos bagi tahun berkenaan lebih murah daripada bayaran yang dikenakan berikutan kos penginapan dan pengangkutan berbeza dari setahun ke setahun, tambahnya.

Beliau berkata penginapan bagi jemaah Pakistan adalah di kawasan Aziziah yang terletak kira-kira tujuh hingga lapan kilometer dari Masjidil Haram, dan memerlukan perkhidmatan 24 jam untuk membawa pergi dan balik jemaah.

"Kami membawa 1,000 petugas untuk mengendali jemaah dengan 450 orang terdiri daripada 450 kakitangan perubatan dan kami mempunyai 30 buah katil di Makkah dan 20 katil di Madinah," katanya dan menambah 400 lagi kakitangan adalah bagi keselamatan dan mengurus jemaah yang dikendali oleh Wajid Zia, pengarah penginapan dan pengangkutan yang juga timbalan ketua polis Pakistan.

Beliau berkata pihaknya juga mendapatkan 2,000 anggota sukarelawan dari kalangan pekerja Pakistan di Arab Saudi yang menawarkan khidmat percuma bagi membantu menjaga jemaah selepas melakukan haji itu selepas melontar di Mina.

Terdapat kira-kira dua juta rakyat Pakistan di Arab Saudi dan akhbar berbahasa Urdu terbesar dicetak di negara tersebut, tambahnya.

Sementara itu konsul haji Pakistan, Syed Rafeo Bashir Shah berkata Pakistan sedang mencari cara terbaik untuk mengesan jemaahnya yang sesat.

Sejak dua tahun lepas dengan kerjasama Arab Saudi, mereka cuba menggunakan sistem posisi global (GPS) melalui telefon bimbit yang dimilki jemaah dan dikenakan bayaran 10 riyal bagi seorang jemaah, dan mereka masih melihat kepada pilihan lain, tambahnya.

Sementara itu Syed Saleh berkata Malaysia dan Pakistan boleh berkongsi pengalaman dan idea dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan untuk jemaah.

Beliau berkata TH bukan sahaja mengendalikan urusan haji, tetapi juga mengurus dana yang disimpan 8.4 juta penyimpan dan dari jumlah itu hanya 1.5 peratus yang mendaftar untuk mengerjakan haji.

Beliau berkata kini TH mengendalikan dana berjumlah US15 bilion (RM47.6 bilion) dan memberi dividen antara lima hingga enam peratus setahun dan mengenakan kos US3,000 (RM9,522) untuk seorang jemaah berbanding kos sebenar US5,000 (RM15,870).

Perbezaan US2,000 (RM6,348) diberi subsidi oleh TH melalui hasil projek pelaburannya, tambah beliau.

Beliau berkata kebanyakan tempat penginaapan yang disediakan TH kurang dari satu kilometer dari Masjidil Haram dan kini mengalami kesukaran memperoleh bangunan bersesuaian hampir dengan Masjidil Haram dengan harga sewaan yang berpatutan untuk tempahan lebih 40 hari.


Tags / Kata Kunci: Pakistan Tabung Haji , TH

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan