suria

Permintaan Lemah Paksa Qantas Batal Penerbangan A380

MELBOURNE: Qantas membatalkan lima penerbangan balik superjumpo A380 dalam tempoh dua bulan akan datang antara Dubai dan London ekoran permintaan yang lemah.

Penumpang penerbangan yang dibatalkan itu akan menggunakan perkhidmatan A380 lain milik penerbangan Emirates, lapor akhbar The Age.

Qantas juga membatalkan tiga penerbangan balik antara Dubai dan London pada Mei lepas.

"Seperti syarikat penerbangan lain, Qantas menyesuaikan jadual untuk mencerminkan permintaan bermusim. Ini bermakna menambah penerbangan semasa waktu puncak dan mengurangkan semasa tempoh kurang pengguna," kata seorang jurucakap, yang memberi contoh peningkatan penerbangan antara Melbourne dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

The Age berkata statistik terkini menunjukkan Qantas mengisi 84 peratus kerusi pada penerbangan A380 ke London melalui Dubai pada Jun, susut sedikit berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Associated Press Australia melaporkan bahawa Qantas mula terbang ke Eropah melalui Dubai, dan bukannya melalui Singapura, pada Mac tahun lepas menerusi pakatan dengan Emirates.

Syarikat penerbangan itu baru-baru ini mendedahkan bahawa kerugian pracukai daripada bahagian antarabangsanya hampir setengah bilion dolar dalam tahun kewangan lepas. 


Qantas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain