DHL Peruntuk RM100 Juta Untuk Perkukuh Kedudukan Dalam Industri Logistik

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 4:41 PM

Model gudang yang dilabur DHL bagi mengukuhkan kedudukan dalam industri logistik.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DHL Supply Chain (M) Sdn Bhd memperuntukkan RM100 juta bagi memperkukuh kedudukannya dalam pasaran logistik tempatan, kata Pengarah Urusannya, Prakash Rochlani.


Prakash berkata, 40 hingga 45 peratus pelaburan akan diguna untuk kemudahan gudang, 15 hingga 20 peratus untuk pembangunan modal insan dan selebihnya pengembangan kumpulan pengangkutan.

"Pelaburan itu penting bagi mempercepatkan pertumbuhan dan ini boleh berlaku berikutan keluaran dalam negara kasar yang positif, inflasi rendah dan peranan pentingnya di rantau ini," katanya pada taklimat media mengenai Pusat Logistik Bersepadu Malaysia di sini, Selasa.

Beliau berkata, pusat itu dijangka memulakan operasi November depan berikutan siapnya dua lagi kemudahan di Johor dan Pulau Pinang dalam tempoh 12 bulan lepas.

Syarikat yang dimiliki Deutche Post DHL itu juga berminat menggandakan kapasiti selepas siapnya kemudahan gudang di Shah Alam, katanya.

"Dengan siapnya gudang di Shah Alam, kami mempunyai lebih 1.5 juta kaki padu ruang gudang," kata Prakash.

Mengenai kumpulan pengangkutan, DHL merancang menambah 50 trak lagi kepada 50 pengangkutan sewa sedia ada dalam tempoh 24 bulan akan datang, katanya.Prakash berkata, DHL juga merancang membuka tiga cawangan menjelang akhir tahun dan menambah empat cawangan lagi pada separuh pertama 2015.

"Infrastruktur dan pelaburan yang betul ke atas pekerja akan memastikan kami bersedia untuk meningkatkan pertumbuhan dalam perniagaan di Malaysia," katanya.

Menurutnya, pelaburan di Malaysia adalah sebahagian strategi pertumbuhan DHL untuk rantau Asia Pasifik.

"Syarikat merancang mengembangkan perniagaan pergudangannya sehingga 200 peratus menjelang 2020 bagi memenuhi keperluan logistik rantau ini," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan