suria

Boeing Lancar 737 MAX 200 Dengan RyanAir

O'Leary (kiri) dan Ray Conner, Presiden dan CEO Boeing pada sidang media di New York.
KUALA LUMPUR: Boeing melancarkan pesawat terbaharu dalam kumpulan 737 MAX, dengan komitmen daripada RyanAir yang telah menempah 100 pesawat.

 

"Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dari Eropah itu akan menjadi syarikat penerbangan pertama untuk menerbangkan 737 MAX 200, varian yang berdasarkan kepada pesawat 737 MAX 8 dengan kapasiti 200 tempat duduk, meningkatkan lagi potensi hasil dan menyediakan penjimatan bahan api sehingga 20 peratus bagi setiap tempat duduk berbanding lain-lain pesawat jenis satu lorong yang ada pada hari ini (Selasa)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Boeing, tambahan kepada komitmen US$11 bilion itu (pada senarai harga semasa), RyanAir mempunyai pilihan untuk membeli 100 pesawat 737 MAX 200.

Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary berkata, syarikat itu berbangga dan berbesar hati menjadi pengendali peneraju pesawat Boeing 737 MAX 200 yang disifatkan sebagai 'pengubah', yang akan mengembangkan kumpulan pesawat RyanAir kepada 520 menjelang 2024 dan mewujudkan 3,000 pekerjaan untuk juruterbang, anak kapal dan jurutera di Eropah.

"Ia akan membolehkan kami mengembangkan trafik dari 82 juta orang pada tahun lepas kepada lebih 150juta setiap tahun menjelang 2024.

"Pesawat ini akan membolehkan RyanAir mengurangkan kos dan tambang, pada masa yang sama, meningkatkan keselesaan pelanggan kami dengan ruang kaki yang lebih luas dan merasai pengalaman Boeing Sky Interior, terutama untuk penumpang kelas Business Plus dan Family Extra, katanya.


Boeing, 737 MAX, Ryanair

Artikel Lain