suria

CEO SME Terima Anugerah Apec

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Datuk Hafsah Hashim menerima anugerah pertama Anugerah Etika Perniagaan Lighthouse APEC, pada 2 Sept.

Beliau menerima anugerah itu pada Forum Etika Perniagaan APEC : Membangunkan Kapasiti Etika PKS, yang berlangsung di Nanjing, China, daripada Lynn Costa dari Jabatan Perdagangan US yang juga Pemantau Projek bagi inisiatif Etika Perniagaan bagi PKS APEC.

Anugerah itu diperkenal oleh Amerika Syarikat bagi memperakui individu atau organisasi yang telah membawa persekitaran perniagaan yang lebih beretika dalam APEC, demikian menurut kenyataan daripada SME Corp Malaysia.

Hafsah merupakan antara perintis yang memain peranan penting dalam memulakan kod tata laku dalam etika perniagaan.

"Usaha keras beliau dan hasratnya untuk menjalin hubungan strategik dengan pemegang kepentingan utama dalam industri, selain sebagai badan pembuat dasar dan penguatkuasaan dalam membangunkan kod bagi menyelaraskan amalan industri merentas ekonomi, merupakan sumbangan yang sangat bermakna dalam menyepadukan dan meningkatkan standard ekonomi," kata kenyataan itu.

Selain itu, beliau dilantik sebagai pengerusi bersama Kumpulan Kerja Pakar bagi Prinsip-prinsip Kod Etika Sukarela APEC dalam sektor peranti perubatan di Kuala Lumpur.

Ini menghasilkan rangka Prinsip-prinsip KL, pada April 2011, yang menekankan kepada tahap amalan beretika dalam memastikan keputusan membabitkan pilihan ke perubatan dibuat atas manfaat terbaik pesakit.


SME Malaysia, Apec

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain