suria

Tourism Malaysia Frankfurt 'Bimbang' Cakap-Cakap MAS Tamatkan Penerbangan Ke Jerman

FRANKFURT: Tourism Malaysia Franfurt 'sangat bimbang' terhadap cakap-cakap dalam industri perjalanan tempatan bahawa Penerbangan Malaysia (MAS) akan menamatkan perkhidmatannya ke Jerman.


Walaupun perkara itu sudah diperkatakan sejak beberapa tahun, spekulasi kini semakin hangat selepas tragedi malang yang menimpa dua pesawat MAS dalam tempoh enam bulan lepas - MH370 dan MH17 - yang menuntut penstrukturan semula syarikat penerbangan berkenaan.

MAS kini yang diambil alih sepenuhnya oleh Khazanah Nasional, perlu mengambil tindakan drastik dengan mengurangkan kos dan menamatkan perkhidmatan ke laluan yang kurang penumpang.

"Frankfurt bagaimanapun merupakan antara laluan yang secara tradisinya mempunyai faktor muatan yang baik.

"Penamatan penerbangan terus tanpa henti MAS ke Malaysia dari Frankfurt akan membei kesan buruk ke atas kempen promosi Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2014 yang buat pertama kalinya sejak 2014, mencatat pertumbuhan dua angka dalam trafik pelancongan dan perjalanan Jerman ke Malaysia," kata Maizan Ahmad, Pengarah Tourism Malaysia Franfurt dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di sini.

Trafik dari Jerman ke Malaysia semakin meningkat dalam tempoh lima bulan pertama 2014.

Jumlah rakyat Jerman yang melawat Malaysia dalam tempoh Januari-Mei 2014 meningkat kepada 70,456 atau 16.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Selain kesedaran yang semakin meningkat mengenai destinasi Malaysia yang menarik - pantai Langkawi dan hutan hujan Sarawak - merupakan antara pilihan paling popular dalam kalangan pelancong Jerman yang sukakan alam semula jadi, dan menjadi faktor menarik pelancong negara ini ke Malayisa menerusi penerbangan terus tanpa henti MAS dari Jerman.

Lufthansa, seperti MAS, menyediakan perkhidmatan lima kali seminggu ke Malaysia, namun syarikat penerbangan lain yang menyediakan hubungan ke Malaysia perlu menerbangan pelancong dari negara asal masing-masing dan menerbangkan mereka ke Malaysia menerusi pelbagai penerbangan lain.

Ia dilakukan menerusi Cathay Pacific, Asiana, Singapore Airline, Thai Air, dan sebagainya.

Maizan berkata, Thailand juga merupakan destinasi yang sangat popular dan trafik ini ditampung oleh penerbangan terus ke Bangkok oleh Thai Air menerusi penebangan tiga kali sehari, dua dari Frankfurt dan satu dari Dusseldorf.

"Thai Air, memain peranan penting dalam mendorong peningatan trafik ke Thailand, dan MAS boleh melakukan yang sama untuk Malaysia," katanya.

Pengarah MAS Frankfurt, David Raj dalam temu bual dengan Bernama pada awal Mac, sebelum tragedi malang menimpa MAS, menafikan MAS akan menamatkan penerbangan ke Frankfurt.

Hanya masa yang akan menentukan sama ada laluan Frankfurt akan ditamatkan berikutan ramai pakar yakin tindakan itu perlu jika syarikat penerbangan berkenaan mahu meneruskan kelangsungan hidupnya.

Sambil menekankan mengenai pentingnya pelancongan kepada ekonomi Malaysia, Maizan berkata pelancongan menyumbang sumber pendapatan asing ketiga terbesar.

"Bayangkan pentingnya sektor ini kepada ekonomi negara kita," katanya.

Sementara itu, pejabat Tourism Malaysia Frankfurt kini menggunakan media sosial untuk memasarkan pelancongan Malaysia secara agresif.

Maizan berkata usaha mempromosi menerusi media sosial membuahkan pulangan yang baik, dengan operator pelancongan dan pengembaraan Malaysia turut terlibat aktif dalam 'dialog digital'.

Penggunaan Facebook mendedahkan Malaysia kepada rakyat Jerman menerusi program praktikal yang diterima pakai oleh ejen pelancongan yang sentiasa diberikan maklumat terkini.

Tourism Malaysia juga menjayakan program jelajah untuk membiasakan ejen pelancongan, termasuk lawatan ke Malaysia.

Menurut Maizan, 79 peserta Jerman sudah melawat Malaysia termasuk 29 anggota Cologne Business School yang mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan pelancongan.

E-pembelanjaran juga merupakan alat penting untuk Tourism Malaysia serta ejen pelancongan perdagangan.

Pejabat Frankfurt turut menyokong akademi Willy Scharnow yang akan menganjurkan empat lawatan dengan tumpuan ke atas program e-pembelajaran, dengan rakan bagi 2015 terdiri daripada MAS dan Turkish Airlines.

Tourism Malaysia juga menganjurkan rancangan bicara radio pada 21 September di Antenna Mainz. Rancangan ini membincangkan tentang Jerman dan Malaysia.

Pejabat Frankfurt turut menganjurkan pameran bergerak bagi mempromosi Malaysia dengan usaha sama MAS, dengan program utama berlangsung pada minggu kedua November di Frankfurt, Hannover dan Berlin.

Rakan jelajah yang dilaksanakan dalam bentuk seminar dan bengkel, termasuk operator perlancongan dan rangkaian hotel.

Program lain ialah "Travel Days Malaysia" anjuran bersama Tourism Malaysia dan Ikarus Travel, dekat Tubbingen, "Malaysia at the Shopping Mall" di Hamburg, selain menaja Far East Life Meier, dengan Malaysia menjadi hos acara itu tahun ini.

Meier sebaliknya bersetuju menawarkan lebih banyak pakej perjalanan Malaysia dalam programnya.

Maizan juga berkata tragedi malang dua pesawat MAS tidak menjejaskan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat Jerman.

Seperti negara lain, mereka juga faham dan simpati, malah 'semangat untuk melancong' ke Malaysia tidak berkurangan dengan pejabat Frankfurt itu terus mencatat peningkatan dari segi jumlah pertanyaan daripada rakyat Jerman.

Pada puratanya, pelancong Jerman berada di Malaysia selama 10 malam dan membelanjakan RM3,000 seorang bagi setiap perjalanan.


MAS, Tourism Malaysia, Jerman

Artikel Lain