suria

AirAsia India Mula Penerbangan Ke Jaipur, Chandigarh

NEW DELHI: AirAsia India meluaskan operasinya ke Utara India dengan penerbangan sulung dari Bengaluru, Karnataka ke Jaipur, Rajasthan dan Chandigarh, Punjab pada Jumaat.

Sejumlah 180 penumpang atau 100 peratus muatan, menaiki penerbangan berkenaan yang belepas dari Bengaluru, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

"Kami sangat teruja memasukkan Jaipur dan Chandigarh dalam rangkaian kami, dengan penumpang kini boleh mengunjungi bandar raya ini Bengaluru," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya.

AirAsia India kini menyediakan perkhidmatan dua hala dari Bengaluru ke Chennai, Kochi, Goa, Chandigarh dan Jaipur.

Syarikat penerbangan itu yang memulakan operasi pada 12 Jun, adalah usaha sama 49:30:21 antara AirAsia, Tata Sons dan Telestra Tradeplace.


AirAsia India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain