suria

AmMetLife Lantik Ramzi Toubassy Sebagai CEO

KUALA LUMPUR: AmMetLife Insurance Berhad (AmMetLife) pada Jumaat mengumumkan telah menerima kelulusan kawal selia dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melantik Ramzi Toubassy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu. Apabila selesai urusan membabitkan permit kerja yang perlu, Toubassy akan ditempatkan Kuala Lumpur, Malaysia.

Sebagai CEO, Toubassy akan bertanggungjawab untuk melaksanakan strategi transformasi untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, mempercepatkan pulangan pemegang saham, serta memastikan keberkesanan operasi perniagaan AmMetLife di Malaysia.

Toubassy telah berkhidmat bersama Metlife sejak 2012, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengedaran Bersemuka bagi kawasan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

Sebelum menyertai Metlife, beliau berkhidmat dengan AIA, di mana dalam tempoh lapan tahun, beliau memegang beberapa peranan pengurusan utama untuk syarikat berkenaan, termasuk sebagai Timbalan Ketua Pegawai Agensi di Hong Kong, Penolong Pengurus Besar Kanan di Malaysia, Timbalan Pengurus Besar & Pengarah Pengedaran di Korea, dan yang terbaharu sebagai Ketua Pegawai Pengedaran di Vietnam.

Sejak memulakan kerjaya bersama AIG pada tahun 1996, Toubassy mengumpul pengalaman lebih 18 tahun dalam industri insurans. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sains Politik dari Georgia State University dan Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Perhubungan Antarabangsa.

"Kami mengalu-alukan Ramzi untuk menyertai AmMetLife, dan yakin bahawa pengalaman Ramzi akan membantu merealisasikan matlamat utama kami untuk meningkatkan cadangan nilai kepada pelanggan dengan memenuhi keperluan yang berubah menerusi penyelesaian yang relevan dan inovatif, di samping memperluaskan penguasaan pasaran kami dalam perniagaan insurans hayat di Malaysia," kata Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank dan AmMetLife Insurance Berhad.

"Saya sangat gembira untuk menyambut penyertaan Ramzi ke Metlife Asia. Malaysia merupakan pasaran yang penting bagi kami dan Ramzi membawa banyak pengalaman dan rekod kukuh dalam yang terbukti tidak ternilai dalam memimpin dan memacu pertumbuhan perniagaan di negara ini," kata Dr Nirmala Menon, Ketua Pasaran Kesihatan untuk Metlife Asia.

AmMetLife dibentuk setelah AMMB Holdings Berhad (Kumpulan AmBank), anak syarikat milik penuhnya, AMAB Holdings SdnBhd dan Metlife, anak syarikat milik penuh Inc, Metlife International Holdings, Inc (Metlife), menyelesaikan perkongsian strategik pada 30 April, 2014.

AmMetLife menawarkan pelbagai jenis insurans hayat dan penyelesaian perlindungan kekayaan menerusi gabungan lebih 200 pejabat cawangan AmBank dan AmMetLife, selain ejen insurans hayat sah yang kukuh di seluruh negara.

Menerusi operasi di hampir 50 buah negara, Metlife menawarkan kewangan yang kukuh, jangkauan global, kepakaran dan mengutamakan pendekatan pelanggan dengan matlamat untuk meningkatkan pilihan dan pengalaman kepada pengguna di Malaysia selain meningkatkan kefahaman mengenai pasaran Kumpulan AmBank yang kukuh, pengetahuan tempatan serta rangkaian pengedarannya yang kukuh.


AmMetLife

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain