Pos Malaysia Akan Kekalkan Momentum Pertumbuhan Tahun Kewangan 2015

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya tahun ini berikutan perniagaan kurier dan pemindahan dari kapal yang kukuh.


"Kami berada di atas landasan untuk mengekalkan pertumbuhan yang dicapai pada tahun kewangan 2014 (FY14)," kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Iskandar Mizal.

Pos Malaysia mencatat pertumbuhan 4.2 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM157.7 juta pada FY14 berakhir 31 Mac 2014. Pendapatan melonjak 12.4 peratus kepada RM1.43 bilion.

Iskandar berkata, perniagaan kurier dan pemindahan dari kapal akan memacu pertumbuhan penyedia perkhidmatan pos pada FY15.

"Dengan lebih ramai pengguna Malaysia membeli-belah di dalam talian, ini akan meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan kurier seperti mel ekspres serta penghantaran bungkusan. Ini akan memanfaatkan Pos Malaysia, yang menguasai 38 peratus pasaran kurier tempatan," katanya.

Iskandar berkata demikian di sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan di sini, Khamis.

Pada FY14, Pos Malaysia mencatat pertumbuhan 20 peratus dalam pendapatan kurier dan menjangka mencatat pertumbuhan dua angka pada FY15.

Menurutnya, Pos Malaysia juga akan bekerjasama rapat dengan rakan di China bagi mengembangkan perniagaan pemindahan, satu bidang yang menguntungkan ketika syarikat pos itu mempelbagaikan kegiatan daripada perniagaan pos dan mel tradisional yang semakin merosot.

"Enam ratus juta barang dan US$200 bilion nilai transaksi diangkut keluar dari China dalam setahun," kata Iskandar dengan menambah Pos Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk turut merebut pasaran itu berikutan lokasi strategik Malaysia serta hab pemindahan Pos Malaysia di KLIA.

Bagaimanapun, katanya, Pos Malaysia menjangka perniagaan pajak gadai Islamnya, Ar-Rahnu, hanya akan mendapat untung dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

Ar-Rahnu, dilancarkan tahun lepas dengan kira-kira 100 outlet mengalami kerugian pada FY14 dengan pendapatan RM6 juta, kata Iskandar. 


Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia Bhd , kurier

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan