Khazanah Sasar Terbitan Sukuk Eropah Timur

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menimbang peluang pelaburan yang lebih luas di Eropah Timur susulan pembukaan pejabat di Istanbul, Turki November lepas.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd Izani Ghani berkata, pejabat itu dibuka bagi meneroka peluang pelaburan di Turki, Afrika Utara dan Eropah Timur.

Beliau bagaimanapun berkata Khazanah merancang menerbitkan sukuk mata wang asing di rantau itu namun ia belum dapat dilaksanakan memandangkan ia tidak mempunyai aset di Eropah Timur.

"Kami belum menjadikan Eropah sebagai tumpuan pelaburan.

"Oleh itu jika ada aset yang baik untuk kami melabur di wilayah itu, kami akan menimbangnya," katanya pada pembentangan mengenai "Sukuk: Malaysia sebagai Pasaran Global" pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di sini, Rabu.

Izani juga berkata, cabang pelaburan kerajaan merancang menerbitkan sukuk di Turki namun idea itu 'masih belum praktikal'.

"Sudah ada gesaan untuk kita melaksanakan sukuk 'kebab' namun persekitaran kadar faedah di Turki masih tinggi dan mudah turun naik.

"Kami mahu melaksanakannya (sukuk) dalam mata wang lain yang boleh menyamai persekitaran stabil, mata wang dan kadar faedah dalam negara," katanya.

Khazanah sebelum ini menerbitkan beberapa sukuk mata wang asing menerusi program pelbagai mata wang RM10 bilion.


Tags / Kata Kunci: Khazanah Nasional Bhd , sukuk , Eropah Timur

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan