suria

Toshiba Menang Kontrak EPC Untuk Projek Jana Kuasa Jimah

Stesen Janakuasa Jimah, Negeri Sembilan. Gambar Hiasan.
KUALA LUMPUR: Sebuah konsortium yang terdiri daripada Toshiba Corp dan beberapa syarikat antarabangsa, memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) untuk projek penjanaan kuasa arang batu tahap kritikal tertinggi 2,000 megawatt di Jimah, Negeri Sembilan.

Syarikat antarabangsa itu termasuk IHI Corp, Hyundai Engineering Co, Ltd dan Hyundai Engineering & Construction Co  Ltd., kata Toshiba Corp dalam satu kenyataan, Selasa.

"Kontrak EPC itu ditandatangani dengan sebuah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Mitsui & Co. Ltd. dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Kewangan," katanya.

Menerusi kontrak itu, Toshiba akan membekal dan memasang dua unit turbin stim dan penjana kuasa tahap kritikal tertinggi 1,000 megawatt yang menawarkan kecekapan tenaga peringkat tinggi dan kelas keluaran terbesar dunia, serta peralatan utama yang lain termasuk peralatan kawalan loji, transformer utama dan lapangan suis.

Toshiba juga akan membekalkan lain-kain peralatan utama, termasuk peralatan kawalan loji, transformer utama dan papan suis sambil memainkan peranan dalam kerja awam marin.

Sementara itu, Mitsui dan 1MDB diberikan projek dan hak membina, memiliki dan mengendalikan loji kuasa dan menjual elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga.

"Unit pertama projek tersebut dijangka memulakan operasi komersil pada 2018 manakala yang kedua pada 2019," kata Toshiba Corp.


Toshiba Corp, Jimah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain