suria

Marks & Spencer Buka Kedai Ke-7 Di Malaysia Akhir 2014

Pengurus Runcit Serantau M&S Asia, Alex McFarlane Watt (dua, kanan) bersama Ketua Perniagaan Franchise M&S Asia Olga Lyudoryk (tiga, kanan) dan Alicia (dua, kiri) menunjukkan cawangan baharu M&S di pusat membeli-belah Komtar Johor Baharu City Centre (Komtar JBCC) di Jalan Wong Ah Fook di sini, Selasa.
JOHOR BAHARU: Marks & Spencer (M&S), peruncit berpangkalan di United Kingdom (UK), sedang meninjau kemungkinan membuka sekurang-kurangnya sebuah lagi kedai di Malaysia menjelang hujung tahun ini berikutan permintaan menggalakkan daripada pengguna tempatan.


Penolong Pengurus Besar M&S Malaysia, Allicia Thau berkata, syarikat itu menerima banyak permintaan dari wilayah Selatan dan Utara supaya membuka kedai di sana.

"Kami sudah pasti akan membuka lebih banyak kedai, namun belum memilih lokasinya. Sekurang-kurangnya sebuah dibuka menjelang hujung tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis previu media kedai keenam M&S di Malaysia di Komtar Pusat Bandar Johor Baharu, di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Perniagaan Francais M&S untuk Asia Olga Lyndovyk.

Kedai baharu di Komtar JB juga adalah yang pertama di wilayah selatan Malaysia. Dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi, M&S Johor Baharu menawarkan makanan dan fesyen British bermutu tinggi termasuk koleksi fesyen eksklusif untuk lelaki dan wanita, pakaian dalam wanita dan dewan menjual manisan dan barangan runcit.

Lima lagi kedai terletak di Kuala Lumpur dan Selangor, masing-masing di Bandar Utama, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan The Gardens Mall.

M&S yang ditubuhkan pada 1884, kini mempunyai lebih 800 kedai di UK dan lebih 450 kedai antarabangsa di 56 pasaran.

Marks & Spencer, UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain